A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

LAWATAN PANEL PENILAI AUDIT PEMBUDAYAAN U.M.I DI MDGM

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Pada 04 November 2020, Lawatan Panel Penilai Audit Pembudayaan 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah, Itqan (U.M.I) ke Majlis Daerah Gua Musang. Rombongan panel telah disambut oleh YBrs. Tuan Setiausaha dan Ketua Unit MDGM. Objektif lawatan panel ini adalah untuk menilai tahap amalan pembudayaan kerja U.M.I bagi kakitangan MDGM dalam melaksanakan tugas di jabatan. Pihak panel telah menilai secara bersemuka dengan kakitangan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan berkaitan budaya kerja U.M.I di dalam organisasi. Panel penilai audit menekankan supaya 3 nilai teras iatu pertama budaya 'Ubudiyyah merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan semata-mata untuk beribadah kepadaNya, kedua budaya Mas'uliyyah merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWTdi hari pengadilan kelak manakala ketiga budaya itqan merujuk kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja untuk membentuk akhlak, moral supaya menjadi insan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas. Dengan menerapkan 3 nilai ini pihak kerajaan berharap semua kakitangan dapat menerapkan budaya kerja cemerlang demi memastikan sistem penyampaian kepada rakyat/pelanggan berada di tahap terbaik.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : (+609) 912 0235
Faks : (+609) 912 1044
Web: mdgm.kelantan.gov.my
Email: mdgm[at]kelantan.gov.my

WEB MOBIL

 

Kaunter Pelawat

Hari ini44
Semalam40
Minggu ini84
Bulan ini1659
Jumlah9889

© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir : Isnin 25 Januari 2021, 14:41:54 .

Search