A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

PROGRAM GOTONG-ROYONG KELANTANKU BERSIH PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
Pada 8 Disember 2020, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan program gotong-royong KelantanKu Bersih bersama dengan Komuniti Rukun Tetangga (RKT) di kawasan Taman Rekreasi, Taman Wangi Gua Musang. Program ini telah disempurnakan  oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan). Turut hadir dalam program ini YBhg. Dato' Yang Dipertua, YBrs. Setiausaha, YB. ADUN Galas, YBrs. Penyelia Parlimen Gua Musang, YBrs. Penyelia-penyelia DUN, YBrs. Ketua WHIP, YBrs. Ahli-Ahli Majlis, Pegawai, Ketua Unit, kakitangan MDGM serta komuniti tempatan. Gotong-royong ini merupakan aktiviti rutin mingguan Majlis dalam memastikan taman rekrasi di Gua Musang sentiasa terpelihara bersih dan menarik. Taman rekreasi taman wangi mempunyai aliran air sungai yang menghubungkan beberapa taman awam yang lain sesuai untuk dijadikan kawasan sukan lasak dan aktiviti mandi manda, kedudukannya yang strategik, berpontensi menjadi pusat tumpuan pengunjung kerana terletak ditengah bandar Gua Musang dan mudah diakses. Pihak kerajaan negeri sentiasa berusaha membuka lebih banyak taman-taman rekreasi di negeri Kelantan bagi memberi ruang kemudahan kawasan riadah bersama keluarga.

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : (+609) 912 0235
Faks : (+609) 912 1044
Web: mdgm.kelantan.gov.my
Email: mdgm[at]kelantan.gov.my

WEB MOBIL

 

Kaunter Pelawat

Hari ini44
Semalam40
Minggu ini84
Bulan ini1659
Jumlah9889

© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir : Isnin 25 Januari 2021, 14:41:54 .

Search