SUNGAI NENGGIRI & RANGKAIAN JERAM
- Super User
Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise' iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Setar. Ia merupakan pakej lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat (menghayati budaya dan gaya hidup).
Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge' iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara saperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Setar termasuk bermalam di Pos Pulat.
Aliran Sungai Nenggiri berlatar belakang bukit-bukit
Aliran Sungai Nenggiri
Gua Cha