PERTANDINGAN MEMANAH TERTUTUP DAERAH GUA MUSANG 2023
PADA 14 OKTOBER 2023 (SABTU), MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan Program Pertandingan Memanah Tertutup Daerah Gua Musang 2023. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Habidin Bin Hanipa (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia & Kebajikan Majlis Daerah Gua Musang) di Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang. Program turut diraikan oleh YABrs. Yang Dipertua MDGM, ahli-ahli majlis, pengurusan, kakitangan dan masyarakat setempat. Objektif pertandingan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan merapatkan silaturahim antara pihak Majlis dengan masyarakat tempatan.