Arkib Berita
PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI PASAR AWAM GUA MUSANG
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa. Pemantauan SOP dilakukan termasuk di semua Pasar Awam di jajahan Gua Musang bagi memastikan semua penjual dan pelanggan sentiasa mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.