A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

OPERASI PREMIS BERSIH BERSEPADU BAZAR RAMADAN GUA MUSANG 2023

 
PEJABAT KESIHATAN DAERAH GUA MUSANG (PKDGM) bersama MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) dan KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDNKSH) DAERAH GUA MUSANG telah menjalankan operasi bersepadu Bazar Ramadan Gua Musang pada 03 April 2023 di tapak bazar ramadan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang. Objektif operasi ini diadakan adalah bagi memastikan pengendali makanan mematuhi aspek-aspek kebersihan makanan, mempunyai lesen berniaga yang sah dan juga dalam masa yang sama menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna/pembeli. Turut hadir bersama Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Noorfariza binti Nordin diiringi oleh Pegawai Kesihatan Epidemiologi Dr Nur Raihan binti Ismail ke tapak bazar untuk bersama dengan anggota melaksanakan operasi tersebut. Sebanyak enam pasukan telah dibentuk untuk melancarkan operasi dan 44 buah premis bazar telah diperiksa. Manakala enam notis telah berjaya dikeluarkan dan ke semua notis adalah melibatkan pelanggaran Peraturan 32(1)(b) iaitu ketidakpatuhan pada pemakaian pengendali. Jumlah tawaran kompaun adalah sebanyak RM600.00. Majlis Daerah Gua Musang diwakili En. Mohd Hisyam Bin Hassan (Pen. Pegawai Kesihatan & Persekitaran) dan anggota penguatkuasa turut serta dalam menjayakan operasi bersepadu ini.

 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam2
Minggu ini10
Bulan ini50
Jumlah136052

1
Online

29 Mac 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 09:26:07 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor