A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Pengenalan Data Terbuka

Majlis Daerah Gua Musang menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

 

TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN 1.0

PENGGUNAAN DATA ATAU PENGGUNAAN SEMULA DATA HENDAKLAH MEMATUHI TERMA DAN SYARAT SEPERTI DI BAWAH :

1. Penggunaan data di bawah terma ini pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:

           "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

 

PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

 

TIADA JAMINAN

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

 

UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

 

 sumber rujukan: Pekeliling AM Bil 1 Tahun 2015 (Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam)

 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm.kelantan.gov.my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

QR Code Portal 

Kaunter Pelawat

Hari ini59
Semalam70
Minggu ini826
Bulan ini1735
Jumlah57768

© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas
  • Kemaskini Terakhir : Ahad 19 September 2021, 12:04:11 .

Search