MESYUARAT AGUNG KELAB KESUMA MDGM KALI KE-13/2025
BESUT TERENGGANU, 14 NOVEMBER 2025 – Suasana ceria dan penuh semangat memenuhi ruang Dewan Siti Zaharah, Bukit Keluang Beach Resort apabila Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial Majlis Daerah Gua Musang (KESUMA) berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13/2025 dengan jayanya. Majlis yang menghimpunkan ahli-ahli kelab dari pelbagai jabatan/bahagian/unit ini turut menjadi pentas penting bagi menyaksikan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu KESUMA bagi sesi 2025–2027, menandakan permulaan era kepimpinan segar yang diharapkan mampu membawa lebih banyak pembaharuan dan kejayaan. Para perwakilan menyambut pengumuman barisan baharu itu dengan penuh rasa bangga dan harapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang diberi amanah untuk menerajui kelab, sekali gus memacu agenda kebajikan, sukan dan sosial warga kerja Majlis Daerah Gua Musang ke tahap lebih cemerlang. Penganjuran mesyuarat kali ini turut memperlihatkan komitmen tinggi ahli kelab yang hadir memberi sokongan padu dan idea bernas demi memastikan KESUMA terus relevan dan aktif sepanjang tahun. Dengan semangat baharu yang dibawa oleh AJK yang dilantik, warga KESUMA optimis bahawa pelbagai program menarik, bermanfaat dan berimpak tinggi bakal mewarnai kalender aktiviti untuk dua tahun mendatang. “Terima kasih kepada semua ahli yang hadir, sokongan anda adalah kekuatan utama KESUMA,” ujar pengerusi kelab baharu dalam ucapan penutup.