Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

MESYUARAT KOORDINASI PENGURUSAN KESESAKAN LALULINTAS SEMPENA AIDILADHA 1447H/2026M

    Sempena cuti penggal persekolahan yang akan bermula pada 22 Mei-7 Jun 2026 dan ditambah dengan Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 27 Mei 2026 ini dijangka banyak kenderaan akan masuk ke Gua Musang. Seluruh kenderaan dari Lembah Klang, Pahang dan negeri2 di bahagian Selatan Malaysia dijangka akan serentak masuk ke Kelantan melalui Gua Musang melalui FT8 Lebuhraya LTU (CSR) yang akhirnya menjadi “funnel point” atau "Bottle Neck" ke negeri Kelantan. Berikutan itu, saya telah mengambil langkahan awal dengan mengadakan Mesyuarat Koordinasi Pengurusan Lalulintas Sempena Aidil Adha yang dipengerusikan oleh YB. Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan bersama dengan PDRM, JPJ, JKR, CSR, Majlis Daerah Gua Musang dan agensi-agensi berkaitan bagi membuat perancangan awal supaya masalah kesesakan ini dapat dikurangkan dan mencadangkan langkah-langkah mitigasi hasil kajian semula kaedah penyuraian trafik berbekalkan pengalaman semasa cuti Hari Raya Aidilfitri Mac lepas.
     
    Memandangkan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU)/SCR masih lagi dalam pembinaan dan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di "hotspot" membabitkan 7 lencongan, maka kami memohon kerjasama para pengguna jalan raya untuk merancang dengan sebaiknya waktu perjalanan pulang masing-masing dengan mengelakkan waktu puncak (peak concentration) dan amat digalakkan bertolak selepas tengah malam atau awal pagi sebelum Subuh supaya tidak berlaku kesesakan serentak di Kg Mentara yang menjadi pintu masuk utama ke Gua Musang. Pengguna jalanraya juga digalakkan untuk memilih pintu masuk yang lain ke Kelantan seperti Lebuhraya LPT2 atau Lebuhraya Timor-Barat atau Lojing Highland. Selain itu juga bagi mengelakkan trafik luar supaya tidak bercampur dengan trafik bandar @ tempatan, para perantau digalakkan untuk menggunakan jalan alternatif seperti jalan Gua Musang-Dabong-Jeli bagi mengelakkan trafik beku dalam Bandar Gua Musang. Kenderaan tempatan juga tidak digalakkan untuk keluar berkereta antara jam 12.00 tghari-5.00 petang bagi mengurangkan kesesakan. Terima kasih kepada semua agensi di atas kerjasama jitu dan sokongan anda semua. Semoga perjalanan anak-anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang semuanya selamat dalam perjalanan, memandu lah dengan berhemah serta banyak bersabar. Insha Allah, selamat.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN