FAM TRIP XPLORASI INDAHNYA KELANTAN 2025 KE GUA MUSANG
SEMPENA FAM TRIP XPLORASI INDAHNYA KELANTAN 2025, dalam siri jelajah ke Negeri Kelantan, Majlis Daerah Gua Musang telah diberi penghormatan menerima rombongan pemain industri pelancongan Kelantan, Malaysia dan Riau, Indonesia ke jajahan Gua Musang pada 24 Februari 2025.
Rombongan telah tiba di Pejabat Majlis Daerah Gua Musang jam 6 petang dan telah disambut oleh YBrs. En W Mohd Afiq Bin W Alias (Penolong Setiausaha) mewakili Yang Dipertua MDGM bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian MDGM. Rombongan diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Zaki Bin Ismail, Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) bersama 30 orang pelancong dari Riau, Indonesia.
Semua para rombongan telah diberi taklimat ringkas berkaitan produk istimewa pelancongan di Gua Musang dan disajikan dengan makanan tradisi rakyat Gua Musang. Para rombongan di bawa melawat ke Taman Etnobotani Gua Musang (menjelajah keunikan Gua Neon) dan Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek) di kg. pulai dan seterusnya rombongan bertolak ke Kuala Lumpur.