A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman
Previous Next

PADA 22 APRIL 2024, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG TELAH MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT LAWATAN JELAJAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI KELANTAN 2024 yang telah disempurnakan oleh YB. Tuan Hilmi Bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Kelantan). Rombongan turut dihadari, Tuan Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, pegawai-pegawai Bahagian Kerajaan Tempatan SUK dan pegawai pejabat EXCO Kerajaan Tempatan. Lawatan ini merupakan PBT keempat terpilih untuk Jelajah Siri 1 Tahun 2024 ini.
 
Melalui program Jelajah ini, pihak MDGM telah membentangkan laporan semasa Majlis serta menyampaikan taklimat terperinci berkait belanjawan tahunan, prestasi kewangan, plan pembangunan PBT selain dapat berbincang secara terbuka dengan Exco bagi memastikan segala perancangan PBT selari dengan acuan dan dasar pembangunan Negeri Kelantan.
 
Pembangunan Daerah Gua Musang yang telah dirancang secara teliti melalui Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang untuk dibangunkan sebagai Pintu Masuk Utama & Pusat Transit ke Negeri Kelantan sebagai persediaan apabila beroperasinya Lebuhraya CSR nanti dilihat telah hampir berjaya direalisasikan oleh MDGM melalui pembangunan pesat kawasan pusat bandar dengan perniagaan bercampur dan naik taraf lokasi-lokasi menarik dan infrastruktur pelancongan dalam kawasan PBT sebagaimana yang dapat kita pada hari ini seperti pembangunan di sekitar kawasan RNR lama dan baru, RNR Masjid Buluh dengan Muse Eco Park, Dataran Titiwangsa, Taman Tasik, Taman Dato Kaya Setia dan lain-lain lokasi tumpuan lain. 
 
Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta kepada MDGM sepanjang tahun 2023 lalu. Dan untuk tahun 2024 ini sehingga April sebanyak RM1,230,900.00 telah disalurkan kepada MDGM antaranya sebanyak RM762,500 telah diperuntukkan dibawah Kumpulan Wang Amanah Penyelengaraan Jalan Negeri (KAPJN) dan RM239,680.00 lagi untuk Projek Pembangunan dan lain-lain program dalam kawasan operasi MDGM. Pada majlis tadi sebanyak RM117,900 telah disumbangkan untuk pembelian tong sampah bagi menjayakan agenda Kelantanku BersihSyabas dan Tahniah saya ucapkan Tuan YDP, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDGM di atas usaha dan komitmen anda membangunkan Majlis Daerah Gua Musang.
 
 
Previous Next

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) dengan kerjasama KELAB KEBAJIKAN, SUKAN & SOSIAL MDGM telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa kakitangan yang berlangsung pada 23 Ramadan 1445H bersamaan 03 April 2024M, bertempat di Dewan KESUMA MDGM. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Setiausaha), turut hadir YBrs. Penolong Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit, Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUMA serta semua kakitangan. Majlis dimulakan dengan diserikan ucapan amanat Tuan Setiausaha dan majlis penyampaian bakul raya kepada semua pegawai dan kakitangan sempena menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba dan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama kakitangan. Program ini adalah acara tahunan pihak Majlis bagi meraikan kesyukuran semua kakitangan sempena menyambut bulan ramadan dan sambutan Aidilfitri. 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam1
Minggu ini14
Bulan ini60
Jumlah136115

1
Online

27 April 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 16:51:02 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor