CUKAI TAKSIRAN
- CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU ialah cukai yang dikenakan ke atas penghuni pegangan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak, tanah kosong dan lain-lain harta tanah yang terletak di dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Majlis Daerah Gua Musang.
PERINGATAN PENTING
- Cukai Taksiran /Cukai Pintu mestilah dibayar secara pendahuluan SETENGAH TAHUN PERTAMA SEBELUM 28hb FEBRUARI dan SETENGAH TAHUN KEDUA SEBELUM 31hb OGOS setiap tahun. Semakan bil boleh dibuat di kaunter Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MDGM atau secara dalam talian di pautan (https://pbtpay.kpkt.gov.my).
- Notis tuntutan seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan pada setengah tahun pertama selepas 28hb. Februari dan pada setengah tahun kedua selepas 31hb. Ogos tanpa apa-apa amaran lagi.
- Seorang tenan (penyewa) boleh melindungi kepunyaan-kepunyaannya sendiri dengan mengemukakan bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Kegagalan membayar hasil oleh pemilik akan mengakibatkan perampasan kepunyaan-kepunyaan penyewa sendiri.
- Seorang tenan (penyewa) boleh melindungi lagi kepentingannya sendiri dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan, sebarang sewa yang dijelaskan kepada Majlis oleh tenan boleh dipotong dari bayaran-bayaran sewa selepas sahaja daripada itu dan berikutnya kepada pemilik pegangan itu mengikut Seksyen 160(1) dan Seksyen 160(2). Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu Jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta yang termasuk di dalam Majlis Daerah Gua Musang. Sekiranya tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke Pejabat ini untuk mengambil bil salinan sebelum tempoh di atas.
- Pembayaran Bil Cukai Taksiran / Cukai Pintu boleh dibuat di kaunter Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta serta Jabatan Perbendaharaan Majlis Daerah Gua Musang (waktu pejabat) ATAU secara dalam talian.
- Semua pembayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
- Cek dan wang kiriman hendaklah dipalang (tidak boleh niaga) dan dibayar atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
- Hanya resit-resit yang rasmi pejabat Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan sahaja diakui sah.
- Resit-resit mestilah diperolehi setelah membuat bayaran.
BAYARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE):-
1. Bayaran ONLINE BANKING di No. Akaun MAYBANK (0030 4211 0213) atas nama: MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (sila catatkan No. Akaun Bil Cukai Taksiran anda semasa membuat pembayaran)
2. Portal PBTPay (https://pbtpay.kpkt.gov.my)
Portal PBTPay |
Aplikasi PBTPay |
![]() |
3. Aplikasi PBTPay (untuk download Apps klik)
4. JomPAY Cukai Taksiran