A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Program Penghijauan Malaysia : Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12 telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September 2020. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Januari 2021. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan mempromosi dan menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelbagai pihak meliputi Kerajaan-kerajaan negeri, Kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan persekutuan/negeri yang berkaitan, syarikat swasta dan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan serta orang awam dalam menjayakan kempen ini.

 

Objektif Kempen

Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk:

  • mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan;
  • meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula;
  • merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional;
  • memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok dapat dicapai; dan
  • menggalakkan penyertaan agensi kerajaan persekutuan/negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-insitusi pendidikan/penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok.

 

Sasaran Kempen

Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari pelbagai latar belakang.

 

Tema Kempen

Tema kempen ini adalah “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life

 

Sebarang maklumat lanjut sila layari pautan https://www.100jutapokok.gov.my

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini0
Semalam2
Minggu ini10
Bulan ini50
Jumlah136052

1
Online

29 Mac 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 09:26:07 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor