Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, dapat kita bersama-sama berganding bahu dalam memperlengkapkan Laman Web Rasmi baharu ini untuk kepentingan bersama. Kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi MDGM. Sebagai penghargaan kepada pengunjung-pengunjung laman web, kami di MDGM sentiasa menerokai dan mencari idea serta kaedah-kaedah baru seiring perkembangan teknologi digital seterusnya dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada seluruh warga Gua Musang.
Pengunjung-pengunjung laman web MDGM akan dipersembahkan dengan paparan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat profil korporat MDGM. Kami di MDGM mengalukan-alukan cadangan atau idea daripada pengunjung Laman Web ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membentuk sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mampu memberi kepuasan perkhidmatan kepada semua pihak khususnya warga di Jajahan Gua Musang. Saya berharap dengan adanya platform kemudahan seperti ini, kami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih dedikasi dan inovatif, di samping menyampaikan maklumat dengan tepat, cepat dan telus terus kepada rakyat/pelanggan.
Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan kami laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T seterusnya melahirkan Jajahan Gua Musang sebuah perbandaran yang selari dengan moto Majlis "Bersih, Indah dan Ceria".
Sekian, terima kasih.
"ISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATI" "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN" "BERSIH, INDAH, CERIA"
[YABrs. TUAN HAJI NIK RAISNAN BIN HAJI DAUD] YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH GUA MUSANG