A- A A+
msen
faq3Soalan Lazim
HubungiHubungi Kami
MaklumbalasAduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Latar Belakang

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Di awal penubuhan Majlis ia dikenali dengan nama "Majlis Daerah Ulu Kelantan". Menerusi Warta K.N.PU 32 yang bertarikh 13 September 1983, Majlis Daerah Ulu Kelantan telah ditukar nama kepada "Majlis Daerah Gua Musang". Penyusunan semula dibuat di bawah Akta 171 dan 176 mulai 1 Januari 1979.

Majlis Daerah Gua Musang telah dibentuk hasil daripada penubuhan serta pencantuman dua buah Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu Lembaga Bandaran Gua Musang dengan Majlis Tempatan Bertam yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1984 di bawah Seksyen 3(1), Undang-Undang Majlis Tempatan 1952.

Disamping itu, Majlis Daerah Gua Musang meluaskan lagi empayarnya dengan mengadakan perluasan kawasan operasi majlis daripada 0.68 batu persegi (1.76 kilometer persegi) kepada 50 batu persegi (129.5 kilometer persegi). Antara kawasan tersebut ialah Kampung Star, Kampung Pulai, Pasir Tumbuh, Chegar Bongor, Kampung Kerinting, Limau Kasturi, Batu Papan dan Kampung Lepan Tupai (Lepan Jaya).

Selepas pewartaan perluasan kawasan Majlis Daerah Gua Musang pada 15hb September 2005, keluasan pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang telah bertambah iaitu seluas 7,979.77 kilometer persegi yang mana ianya merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Galas, Daerah Bertam dan Daerah Ciku.

 

1  2345

 

 

 

 

 

 

Majlis Daerah Gua Musang 
18300 Gua Musang,

Kelantan Darul Naim.

Tel    : [+609] 912 0235
Faks : [+609] 912 1044
Web : mdgm[dot]kelantan[dot]gov[dot]my
E-mel : mdgm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

WEB MOBIL

Majlis Daerah Gua Musang 

Kaunter Pelawat

Hari ini1
Semalam2
Minggu ini11
Bulan ini51
Jumlah136053

1
Online

29 Mac 2024
© Hakcipta Terpelihara 2020. Majlis Daerah Gua Musang. Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome, Edge, Opera dan Internet Explorer 11 ke atas

Dasar Privasi

  • Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 09:26:07 .

Search

Dasar Privasi

slot gacor