Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pelanggan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berapa kali Cukai Taksiran perlu dibayar dalam setahun?
Dua (2) kali setahun iaitu:
1/2 tahun pertama - Bayar sebelum 28 Februari 1/2 tahun kedua - Bayar sebelum 31 Ogos
Apakah tindakan akan diambil jika tidak menjelaskan Cukai Taksiran dalam tempoh tersebut?
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan-tindakan boleh dikenakan seperti berikut:
Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan ANDA dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari dari tarikh Notis ini dikeluarkan. Denda lewat akan dikenakan seperti berikut:
a) Jumlah wang yang belum dibayar yang kena dibayar tidak melebihi RM50. Notis Tuntutan akan dikeluarkan jika bayaran sepenuhnya tidak dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan ini dikeluarkan maka waran tahanan boleh dikeluarkan di bawah seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan bayaran waran tahanan akan dikenakan seperti di bawah:
b) Bayaran waran tahanan 3 peratus daripada jumlah tunggakan setiap 1/2 tahun.
Bagaimanakah hendak mengelak denda atau tindakan waran tahanan atau mahkamah?
Bayar segera sebelum/pada 28 Februari atau 31 Ogos pada setiap tahun.
Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
Jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah.
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
* Rujuk statistik PBT di sini * Rujuk senarai PBT di sini
Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan dan KPKT melalui pejabat Pihak Berkuasa Tempatan atau secara atas talian :
Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja manakala sampah biasa dipungut berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Jika pihak yang bertanggungjawab tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh pengguna atau orang ramai?
Pihak Pengguna boleh membuat aduan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
Apakah warna tong kitar semula?
Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
Warna Biru - Untuk kertas
Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
Warna Coklat - Untuk kaca
Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.
Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Majlis Daerah Gua Musang?
Umumnya, Laman Web Rasmi Majlis Daerah Gua Musang boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
Majlis Daerah Gua Musang 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim.