Pekeliling
Halaman 5 dari 7
c) Konsep Pelaksanaan ‘Itqan'
- Konsep ‘Itqan' bukan sahaja merujuk kepada pencapaian fizikal, tetapi juga memerlukan kemahiran, komitmen, keyakinan, tumpuan dan lain-lain yang merujuk kepada sifat hati.
- 'Itqan' memerlukan sifat-sifat lain untuk menyokong atau merealisasikannya. Ini dapat dikait dengan empat sifat yang wajib bagi rasul iaitu :
- Sidiq (benar)
- Amanah (jujur)
- Tabligh (penyampai yang benar)
- Fatanah (bijaksana)
- Jika seseorang penjawat awam memiliki sifat-sifat tersebut, beliau berpotensi tekun terhadap kerjayanya. Dengan itu akan dapat mengelak sesuatu yang sebaliknya seperti sifat-sifat mustahil bagi Rasulullah S.A.W iaitu bohong, khianat, menyorok dan tidak cekap. Dengan itu, sifat-sifat tercela dapat dihindarkan dalam pentadbiran dan kerjaya. Dalam usaha ini konsep pengurusan moden mencadangkan beberapa konsep yang banyak digunapakai di seluruh dunia. Secara tradisi, ajaran Islam pula menekankan persoalan akhlak. Sebahagian dari makna Islam itu sendiri adalah aspek akhlak. Di antara yang boleh diingatkan di sini ialah seperti aspek-aspek :-
- Bekerja dengan azam yang kuat (al-Nahl:9)
- Bekerja dengan Ikhlas dan Amanah (al-Nisa' :58)
- Bekerja dengan cekap dan bersungguh-sungguh (al-taubah:58)
- Bekerja dengan semangat gotong-royong (al-Ma'idah:2)
- Bekerja untuk matlamat kebahagiaan manusia sejagat (al-Hujurat:10)
- Tema dan falsafah ‘Ubudiyyah', ‘Mas'uliyyah' dan ‘Itqan' adalah tema dan falsafah hidup seorang muslim dalam merealisasikan aqidah, syariah dan akhlak dalam Islam. Ia merupakqan terjemahan amali Islam dalam kehidupan.
- Tiga falsafah atau konsep ini menjadi kayu pengukur bagi menilai seorang penjawat awam. Ia menjadi parameter terhadap prestasi kerja. Ukurannya bersifat kualitatif. Ukuran ini adalah falsafah dan kebijaksanaan. Seorang pekerja akan merasakan ‘dosa tidak membuat kerja adalah lebih besar daripada dosa tersilap membuat kerja'.