ECO R&R LOJING HIGHLANDS
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengorak langkah ke hadapan dengan membina Eco R&R di Lojing Highlands yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Lojing, Kelantan. Kewujudan Eco R&R ini akan merancakkan lagi pembangunan dan ekonomi di Tanah Tinggi Lojing seterusnya menjadikan Jajahan Kecil Lojing salah satu daya tarikan pelancongan di Gua Musang. Operasi Eco R&R ini telah bermula pada bulan Jun 2016 dengan menempatkan pejabat MDGM Cawangan Kecil Lojing Highlands serta terdapat kiosk ruang berniaga, surau, ruang parking kenderaan yang luas, peralatan permainan kanak-kanak, tandas awam dan 7 unit motel untuk disewa oleh pelawat dan pelancong. Kadar sewaan motel adalah seperti berikut:
BIL |
JENIS BILIK | KADAR SEWA (RM) |
1. | Queen Bad |
RM1200.00/ Sebulan RM80.00/ Sehari |
2. | Double Queen Bad |
RM1800.00/ Sebulan RM150.00/ Sehari |
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Majlis Daerah Gua Musang di talian: 09-9120235 Atau tempahan sila hubungi: 010-2796846/ 016-2766847 (Reeza Maju Jaya Enterprise)