MUSE ECOPARK
MUSE ECOPARK merupakan nafas baru pelancongan di Gua Musang, Kelantan. Ia merupakan One Stop Center untuk aktiviti rekreasi semulajadi, ruang makan dan penginapan. Ramai yang menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gua yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Menikmati cabaran dengan mendaki gua sambil melihat keindahan alam semulajadi serta bandar Gua Musang yang tersergam indah dari puncak gua menjadi memori yang sangat cantik dan mempersonakan kepada pengunjung. Bagi mereka yang mempunyai rancangan ingin bercuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang sambil berehat dan menikmati keindahan, kemudahan di Muse Ecopark yang terletak di perkarangan Masjid Buluh Gua Musang.
Terdapat Kedai Muse, Warong Muse, KB Brewster, Inap Muse dan kolam terpanjang di Kelantan, iaitu 34 meter. Kemudahan ini ditawarkan kepada pengunjung untuk beristirehat dan aktiviti bersama keluarga. Di sini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti ekstrem seperti via feratta dan flying fox atau mendaki gua. Hentian atau Pit Stop Muse Ecopark dibangunkan dengan fasiliti lengkap termasuk 10 bilik rehat (deluxe and famili) serta kafe kopi KB Brewster. Bukan itu sahaja bahkan, Muse Ecopark turut menempatkan restoran dikenali Warong Muse yang menawarkan sajian makanan Kelantan dan aneka roti bakar. Turut disediakan, kedai serbaneka untuk pengunjung mendapatkan barangan keperluan. Di sini bukan sahaja tempat berhenti berehat, tetapi tempat healing dan boleh merakamkan foto kenangan semasa berada di Gua Musang.
Facebook: www.facebook.com/museecopark
Instagram: www.instagram.com/muse_ecopark