REPLIKA AL-QURAN GERGASI
REPLIKA AL-QURAN GERGASI MENJADI TARIKAN BARU PENGUNJUNG KE GUA MUSANG
Replika Al-Quran Gergasi yang dibina di hadapan Masjid Buluh Gua Musang menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan rakyat tempatan yang berkunjung ke Gua Musang samada untuk berhenti rehat dan rawat di bandar yang menjadi laluan utama dan pintu masuk ke negeri Kelantan ini.
Rata-rata pengunjung melahirkan kekaguman dengan idea dan keunikan gaya khat resam uthmani tulisan tangan ayat suci Al-Quran yang mempamerkan replika muka surat Al-Quran 'Gergasi' dari surah Al-Baqarah (164-176) di Masjid Buluh Gua Musang ini.
Replika Al-Quran ini sebenarnya menjadi simbolik kepada tanda pemerkasaan syiar Islam di Gua Musang yang menyahut pentadbiran dasar Membangun Bersama Islam dan seterusnya menjadi daya tarikan pelancongan pada masa hadapan di negeri Serambi Mekah, Taman Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darulnaim.