ARCA BATU MARMAR AYAT AL-QURAN
ARCA BATU MARMAR AYAT AL-QURAN IKONIK PENGUNJUNG KE GUA MUSANG
Susunan 10 batu marmar yang dihiasi ukiran zikir dan potongan ayat Al-Quran di persimpangan bendahara kini menjadi tarikan pengunjung yang melalui bandar ini. Batu seberat 100 metrik tan tersebut memberi imej baru di kawasan tersebut, sambil mempromosikan batu marmar asli bermutu tinggi yang terdapat di jajahan gua musang. Sebagai pintu masuk ke negeri kelantan, Majlis Daerah Gua Musang telah berusaha menceriakan bandar Gua Musang dengan mercu tanda unik yang boleh dikenang oleh pengguna jalan raya dan pengunjung.
Ramai tidak menyangka bait-bait zikir dan potongan ayat pendek Al-Quran yang terukir pada batu marmar tersebut dihasilkan secara ketepatan tangan oleh seorang pelukis yang dibawa khas dari Golok, Thailand. Ia merupakan keunikan mercu tanda ini, selain penggunaan bahan dan cara susunannya. Kesemua batu marmar ini berasal dari Kampung Star, Gua Musang dan pembinaannya adalah hasil usahasama Majlis Daerah Gua Musang dengan syarikat pengeluar batu marmar serta badan bukan kerajaan (NGO). Mercu tanda ini juga diharapkan dapat membantu pengguna jalan raya yang melalui persimpangan ini memperolehi pahala melalui bacaan zikir yang terukir di batu-batu tersebut.