REPLIKA AL-QURAN GERGASI
REPLIKA AL-QURAN GERGASI MENJADI TARIKAN BARU PENGUNJUNG KE GUA MUSANG
Replika Al-Quran Gergasi yang dibina di hadapan Masjid Buluh mula menjadi tarikan terbaru kepada para pelancong yang masuk berkunjung ke Gua Musang samada untuk berhenti rehat dan rawat di bandar menjadi laluan utama dan pintu masuk ke negeri Kelantan ini.
Rata-rata pengunjung melahirkan kekaguman dengan idea dan keunikan gaya khat resam uthmani tulisan tangan ayat suci Al-Quran yang mempamerkan replika muka surat Al-Quran 'gergasi' dari surah Al-Baqarah (164-176) di Masjid Buluh Gua Musang ini.
Replika Al-Quran Gergasi ini sebenarnya menjadi simbolik kepada tanda pemerkasaan syiar Islam di Gua Musang yang menyahut pentadbiran dasar Membangun Bersama Islam dan seterusnya menjadi daya tarikan pelancongan pada masa hadapan negeri Serambi Mekah, Taman Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darulnaim.