Perundangan
Bagi melicinkan pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang,beberapa akta telah digubal dan diterimapakai dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Majlis iaitu:-
1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
a) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkesan:
- Pengurusan Sisa Pepejal
- Pembersihan dan Pengindahan Kawasan
- Penyenggaraan Parit & Longkang
- Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan
- Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Awam
- Penyelenggaraan Tempat-Tempat Awam
- Perlindungan & Pengawalan Kesihatan Awam
- Penyelenggaraan Tanah-Tanah Perkuburan
b) Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:
- Cukai Taksiran
- Bayaran-Bayaran Lesen & Denda
- Geran Pelancaran
- Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
- Geran untuk Projek-Projek Pembangunan
- Geran Penyenggaraan Jalan
c) Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:
- Perumahan
- Perindustrian & Perdagangan
- Kemudahan-Kemudahan Rekreasi
- Infrastruktur Bandaran
2. Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172)
a) Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya:
- Mengatur , Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.
3. Akta Jalan Parit Dan Bangunan, 1974 (Akta 133)
- Meluluskan Pelan Bangunan
- Mengawal untuk memastikan kerja-kerja tanah yang dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
- Memastikan pembinaan sesuatu bangunan adalah mengikut pelan yang diluluskan.
- Memastikan penggunaan sesuatu bangunan adlalah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mengawal penggunaan bahan-bahan mudah terbakar dalam pembinaan sesuatu bangunan.
- Penyediaan infrastruktur untuk sesuatu pemajuan.
- Kawalan ke atas bangunan yang berada di dalam keadaan bahaya.
- Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan yang sudah siap mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta)
a) Perintah Pengangkutan Jalan telah diwartakan di bawah Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Antara kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan uandang-undang ini adalah seperti berikut:
- Membenarkan atau meletak kenderaan di mana-mana tempat letak kereta tanpa kebenaran, melainkan mempunyai resit daripada atenden bagi menunjukkan pembayaran telah dibuat.
- Terus membenarkan atau meletak kenderaan di lot parking selepas tamat tempoh masa yang dibenarkan dalam resit rasmi yang dikeluarkan oleh atendan MDGM.