Dimaklumkan bahawa satu Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment – EIA) telah disediakan bagi cadangan Operasi Perlombongan Bijih Besi di Lot 11379 (ML. 20/2015 – Pembaharuan 1) dengan keluasan keseluruhan 65.19 hektar (161 ekar).
Cadangan projek tersebut terletak di:
Hutan Simpan Kekal Ulu Galas (Bukit Beras), Mukim Pulai, Daerah Galas, Jajahan Gua Musang, Kelantan Darul Naim.
Pemohon Projek:
Newcrest Mining Sdn. Bhd.
No. 42A, Jalan Meru Indah 19/KU8,
Taman Perindustrian Meru Indah,
42200 Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan.
Hebahan ini adalah untuk makluman orang awam dan pihak berkepentingan berhubung cadangan projek berkenaan.
Sehubungan itu, sekiranya terdapat sebarang bantahan, pandangan atau maklum balas terhadap cadangan projek ini, orang awam boleh hadir ke Pejabat Majlis Daerah Gua Musang atau Jabatan Alam Sekitar Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut serta mengemukakan bantahan.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.