MESYUARAT AGUNG KELAB KESUMA MDGM KALI KE 12/2024
KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN SOSIAL (KESUMA) MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-12 Tahun 2024 yang berlangsung pada 17 Disember 2024 (Selasa) di Dewan Mahamad Husin Majlis Daerah Gua Musang. Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Nik Raisnan Bin Haji Daud (Yang Dipertua Merangkap Penaung KESUMA). Turut hadir ke mesyuarat YBrs. En. Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Pengerusi Kelab), pengurusan Ahli Jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahli kelab. Yang Dipertua dalam ucapannya berharap kelab ini dapat menjadi wadah dalam menjalankan aktiviti kelab dan kebajikan ahli selaras dengan objektif penubuhan kelab KESUMA ini. Mesyuarat Agung ini turut diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab yang baru bagi sesi 2025/2026. Tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa KESUMA yang baru dilantik seterusnya dapat memacu serta melaksanakan amanah dengan penuh cemerlang pada masa hadapan.