PROGRAM QIAM PERDANA RAMADAN PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG TAHUN 1446H/2025M
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN GUA MUSANG/MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Program Qiam Perdana yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Ramadan 1446H bersamaan 21 dan 22 Mac 2025M bermula pada jam 8.30 malam hari Jumaat sehingga solat subuh pada hari Sabtu bertempat di Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang yang telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, (Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang). Antara program-program yang dijalankan semasa Program Qiam Perdana ini ialah Solat Isyak Berjemaah, Solat Sunat Tarawih Berjemaah dan Solat Witir yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Mohd Afif Azhan Bin Nik Mohd Naidi (Imam Tua II Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu) diikuti program moreh minda bersama penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah (Ketua Pegawai Zakat MAIK). Program seterusnya disambung pada seawal jam 4.30 pagi pada hari Sabtu dengan program dimulakan dengan Solat Tahajud, Doa Munajat, Bersahur dan diakhiri dengan solat subuh berjemaah. turut menyerikan program ini dengan kehadiran ADUN, Pegawai dan kakitangan Jabatan/Agensi di Jajahan Gua Musang, Ahli-Ahli Majlis, Penggawa, Penghulu, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan seterusnya seluruh rakyat Gua Musang.