MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAKUL RAYA AIDILFITRI KEPADA KAKITANGAN TAHUN 2025
Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Raya kepada semua kakitangan Majlis Daerah Gua Musang pada 25 Mac 2025 (Selasa). Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En Ahmad Hamdan Bin Ubaidah, Setiausaha merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial (KESUMA) MDGM. Pihak pengurusan berharap pemberian sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada semua kakitangan sempena menyambut lebaran yang bakal tiba.