Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA AIDILFITRI JAJAHAN GUA MUSANG 2025

    KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 1446H | 2025M BERSAMA MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA NEGERI KELANTAN

    Sekitar program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 1446H / 2025M yang telah berlangsung pada 08 April 2025, bertempat di Hadapan R&R Rantau Manis, Gua Musang. Antara yang hadir pada program kali ini adalah YB Dato' Shaari bin Mat Husain (ADUN Paloh), YB Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani (ADUN Nenggiri), YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang, YDH Supt. Sik Choon Foo Ketua Polis Daerah Gua Musang , YBrs. En. Nik Mahmud bin Nik Jaafar Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang , YBrs.  En. Budie Dharma bin Azman, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), YBrs. En. Nik Mohd Ali bin Nik Salleh, Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan dan Pelupusan Tanah), YBrs. En. Ahmad Hamdan bin Ubaidah, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang dan YBrs Ketua-Ketua Jabatan peringkat negeri dan persekutuan di jajahan Gua Musang. 
     
    Antara tujuan dan objektif program diadakan adalah ️untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah khususnya ketika musim perayaan dan juga memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah dikuatkuasakan.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN