MAJLIS SAMBUTAN MERIAHNYA AIDILFITRI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2025
PADA 29 SYAWAL 1446H / 28 APRIL 2025, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan Majlis Sambutan Meriahnya Aidilfitri MDGM 2025 yang berlangsung di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran istimewa YABrs. Encik Mohd Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua MDGM, turut hadir memeriahkan sambutan Majlis adalah YBrs. Tuan Setiausaha, YBrs. Tuan Penolong Setiausaha, YBrs. Ketua WHIP, AHli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Jajajahan Gua Musang, ADUN, Ketua-Ketua Pemimpin Tempatan, Penggawa, Penghulu, Ketua-Ketua Jabatan MDGM, kakitangan dan seluruh warga Gua Musang telah hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri MDGM 2025. Pelbagai juadah hari raya telah disajikan dan dinikmati oleh para tetamu dalam sambutan penuh kemeriahan dan kemaafan sempena kehadiran syawal yang mulia ini. Majlis sambutan Aidilfitri MDGM merupakan agenda tahunan Majlis bagi meraikan para pelanggan dan rakyat Gua Musang yang terus memberi sokongan padu terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Gua Miusang.