MAJLIS HI TEA - JASAMU DIKENANG MANTAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG
MAJLIS HI TEA - Jasamu dikenang mantan Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang, YABrs. Tuan Haji Nik Raisnan Bin Haji Daud dan isteri serta YABrs. Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah dan isteri telah diraikan oleh YABrs. Encik Mohd Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Berlangsung pada 25 Mei 2025 di Renai Hotel, Kota Bharu. Majlis turut dihadiri YBrs. Tuan Setiausaha, YBrs. Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai dan Ketua-Ketua Jabatan MDGM. Pihak Pengurusan dan seluruh warga Majlis Daerah Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti yang dicurahkan oleh mantan-mantan Yang Dipertua sepanjang berkhidmat di Majlis Daerah Gua Musang.