Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

LAWATAN KERJA RASMI MENTERI BESAR KELANTAN KE JAJAHAN GUA MUSANG

    PADA 07 MUHARRAM 1447H / 03 JULAI 2025, YAB. Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan memulakan sesi lawatan kerja rasmi ke Jajahan Gua Musang, program dimulakan dengan mengamati taklimat pembangunan yang disampaikan oleh YABrs. Encik Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Apa yang boleh saya simpulkan, Gua Musang terus pesat membangun merangkumi pelbagai sektor. YAB. Dato' Panglima Perang Menteri Besar juga menekankan dalam ucapan bahawa prinsip saya amat jelas, amanah yang digalas oleh kita semua perlu dilaksanakan secara bersama dan hendaklah berganding bahu antara pihak Kerajaan Negeri, Persekutuan serta pihak-pihak yang berkaitan agar tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Menyentuh soal taraf hidup rakyat, dengan kelebihan bentuk muka bumi Gua Musang yang amat sesuai untuk pertanian, YAB. Dato' Panglima Perang Menteri Besar mengharapkan agar galakan kepada rakyat setempat perlu digerakkan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan kualiti hidup, sekali gus mampu mengatasi isu kemiskinan. Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memacu pembangunan negeri menuju Kelantan Sejahtera 2033.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN