KURSUS KOD ETIKA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN (U.M.I) MDGM SIRI 3.2025
PADA 20 MUHARRAM 1447H / 16 JULAI 2025M, Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Kebajikan Majlis Daerah Gua Musang telah menganjurkan kursus Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan berkonsepkan nilai Ubudiyyah, Mas'uliyyah, Itqan (U.M.I) Siri 3/2025, bertempat di Dewan Mahamad Husin MDGM. Kursus ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Haizat Bin Mohd Rashid kepada semua kakitangan yang terlibat pada siri tersebut.