Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

MAJLIS APRESIASI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG 2025

    Majlis Apresiasi Majlis Daerah Gua Musang 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 12 Ogos 2025 bersamaan 18 Safar 1447H bertempat di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MDGM, YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail. Majlis telah dihadiri oleh YBrs. Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah, Setiausaha, YBrs. Encik W Mohd Afiq Bin W Alias, Penolong Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan seluruh warga kerja MDGM. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja MDGM atas komitmen dan sumbangan mereka sepanjang tahun. Antara pengisian utama pada malam tersebut ialah Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 bagi mengiktiraf prestasi kerja yang cemerlang, dedikasi, dan integriti yang ditunjukkan oleh para pegawai dan kakitangan. Selain itu, majlis turut diserikan dengan Majlis Persaraan Encik Kamarudin Bin Idris, seorang kakitangan yang telah menabur bakti dan memberi sumbangan besar kepada organisasi. Suasana penuh emosi dan penghargaan jelas terpancar apabila rakan-rakan sejawat bersama-sama mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam meneruskan kehidupan selepas bersara. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan pencapaian, tetapi juga mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan warga MDGM. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kemajuan Jajahan Gua Musang.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN