Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

OPS KILANG MENANGANI ISU PENCEMARAN SUNGAI DI GUA MUSANG

    PADA 12 OGOS 2025, Satu Operasi khas dikenali sebagai Ops Kilang dijalankan oleh Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang (PTJGM), Jabatan Alam Sekitar Gua Musang (JAS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti punca pencemaran sungai di daerah ini. Ops khas ini diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Hamdan Bin Ubaidah, Setiausaha MDGM bersama YBrs. Penolong Setiausaha dan pegawai-pegawai yang terlibat, operasi yang dilaksanakan sejak awal minggu ini menumpukan pemeriksaan terhadap kilang-kilang berhampiran kawasan tebing sungai yang disyaki melepaskan sisa tanpa rawatan sempurna.

    Hasil siasatan awal mendapati terdapat premis perindustrian yang disyaki menjadi penyumbang kepada pencemaran air dan beberapa anak sungai berdekatan di Jajahan ini. Tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis, kompaun serta cadangan pendakwaan sedang diambil mengikut Peruntukan Undang-Undang. Operasi bersepadu ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan setiap kilang mematuhi syarat pelepasan efluen industri yang ditetapkan. Sementara itu, hasil tinjauan dan pemantauan pihak Majlis mendapati sebahagian penduduk tempatan melahirkan kebimbangan kerana pencemaran sungai telah menjejaskan sumber air harian mereka. Malah, ada kawasan rekreasi dan pertanian yang dilaporkan mengalami kerugian akibat penggunaan air tercemar. Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kilang yang melanggar undang-undang, termasuk kemungkinan menggantung atau menamatkan lesen operasi.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN