LAWATAN PANEL PENILAIAN KELANTANKU BERSIH 2025 KE GUA MUSANG
PADA 15 RABIULAWAL 1447H / 08 SEPTEMBER 2025, Majlis Daerah Gua Musang telah menerima sekretariat daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sempena lawatan panel penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih 2025 ke Gua Musang/Majlis Daerah Gua Musang yang diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Riyadhul Hanif Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Dasar & Keurusetiaan) Bahagian Kerajaan Tempatan, selaku ketua panel dan ahli-ahli panel bersama Ketua-Ketua Jabatan/bahagian dan kakitangan MDGM. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Mohd Hisyam Bin Hassan, Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran mewakili Tuan Setiausaha MDGM. Majlis Daerah Gua Musang telah menyertai semua kategori Pertandingan Kelantanku Bersih 2025 iaitu Anugerah Kecemerlangan PBT, Ikon Kebersihan PBT, Taman Rekreasi PBT Terbersih dan Ceria, Taman Perumahan Terbersih, Pasar Awam PBT Terbersih dan Tandas Awam PBT Terbersih. Semua ahli panel turun ke lapangan bagi membuat penilaian dan pemarkahan sebagaimana syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pertandingan Kelantanku Bersih 2025.