Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

HARI CUCI MALAYSIA SEMPENA WORLD CLEANUP DAY 2025 GUA MUSANG

    GUA MUSANG, 27 September 2025 (Sabtu) – Program Hari Cuci Malaysia sempena World Cleanup Day 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dilaksanakan di peringkat Jajahan Gua Musang yang berlangsung di Dataran Kaya Setia, Jalan Kesedar Inn, Gua Musang. Program ini diadakan secara serentak di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia sebagai inisiatif memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. En. Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Turut hadir ialah Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, Penolong Setiausaha, wakil agensi-agensi di jajahan Gua Musang, kakitangan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) serta penduduk sekitar. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berlangsung dengan jayanya. Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dapat dipertingkatkan, seterusnya mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera di kawasan Gua Musang.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN