Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

PERARAKAN KERETA BERHIAS MAJLIS DAERAH GUA MUSANG SEKITAR BANDAR GUA MUSANG

    GUA MUSANG, 8 Oktober 2025 (Rabu) – Bandar Gua Musang diserikan dengan kemeriahan perarakan kereta berhias anjuran Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang ke-56 Tahun 2025. Program perarakan ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan hari penuh bermakna tersebut, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan pihak berkuasa tempatan. Bagi sesi petang bermula jam 6.00 petang, perarakan bermula dari Pejabat MDGM dan melalui Jalan Hospital, Jalan Pasar, Persimpangan Gua Musang Tayar, Simpang IPD, Jalan Taman Tasik Gua Musang dan berakhir di Dataran Ilmu Gua Musang. Sementara itu, sesi malam bermula jam 9.00 malam, perarakan diteruskan dengan laluan dari Dataran Ilmu menuju ke Persimpangan Mahkota, Persimpangan Bendahara, Bandar Lama Gua Musang, Stesen KTMB Lama dan berakhir di Muse Ecopark. Perarakan ini disertai oleh pelbagai agensi, komuniti setempat dengan hiasan kenderaan yang kreatif dan berwarna-warni. Kehadiran orang ramai yang memenuhi sepanjang laluan perarakan menambahkan lagi suasana meriah sambutan. Penganjuran acara ini bukan sahaja melambangkan semangat perpaduan rakyat, malah menjadi daya tarikan pelancongan dan simbol kecintaan masyarakat terhadap institusi diraja negeri Kelantan.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN