KURSUS PERANAN AHLI MAJLIS DAN MESYUARAT PENUH MDGM KALI KE-9/2025 DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2025 – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah menganjurkan Kursus Peranan Ahli Majlis & Cabaran Masa Kini serta Mesyuarat Penuh MDGM Kali Ke-9 Tahun 2025 yang telah diadakan di Corus Hotel Kuala Lumpur. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kefahaman, peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis dalam mendepani cabaran semasa serta memperkasakan tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua. Turut hadir YBrs. Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, YBrs. Setiausaha, YBrs. Penolong Setiausaha serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian Majlis Daerah Gua Musang. Sebagai usaha memperkukuh keupayaan dan kompetensi Ahli Majlis dalam melaksanakan tanggungjawab serta memahami kerangka perundangan dan dasar pentadbiran kerajaan tempatan, pihak MDGM telah menjemput beberapa penceramah berpengalaman sebagai panel utama, antaranya:
-
Tuan Syahrul ‘Azrin Bin Ghazali, Penasihat Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh.
-
Tuan Haji Feisal Bin Mohamed Ali, Mantan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri, Selangor.
-
Encik Mohd Zahari Bin Senik, Penolong Pengarah (PlanMalaysia Kelantan).
-
Encik Mohammad Aiman Bin Yusoff, Ketua Jabatan Perundangan MDGM.
Penganjuran kursus ini merupakan antara inisiatif strategik Majlis Daerah Gua Musang dalam memastikan Ahli Majlis dan pengurusan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, memahami dasar-dasar pentadbiran, serta memperkukuh integriti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Selain itu, Mesyuarat Penuh MDGM Kali Ke-9 Tahun 2025 turut diadakan bagi membincangkan pelbagai agenda pembangunan dan pengurusan bandar, selaras dengan aspirasi MDGM untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang progresif, cekap dan berdaya saing.