Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

MAJLIS AMANAT & PERJUMPAAN TUAN SETIAUSAHA BAHARU MDGM BERSAMA KAKITANGAN

    MAJLIS DAERAH GUA MUSANG, 26 Oktober 2025 – Majlis Amanat dan Perjumpaan YBrs. Encik Mohd Shuhairy Bin Samsudin, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) yang baharu, bersama pegawai-pegawai dan kakitangan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Mahamad Husin, MDGM. Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan Setiausaha Baharu kepada seluruh warga kerja majlis serta memberi ruang kepada beliau untuk menyampaikan amanat dan aspirasi kepimpinan dalam memperkukuh tadbir urus serta kecemerlangan perkhidmatan Majlis Daerah Gua Musang. Dalam ucapannya, YBrs. Tuan Setiausaha menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh warga MDGM serta menyeru semua pegawai dan kakitangan agar terus mengamalkan budaya kerja berintegriti, berdisiplin tinggi dan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Penolong Setiausaha, semua Ketua Jabatan/Bahagian, serta kakitangan Majlis Daerah Gua Musang. Program diakhiri dengan sesi suai kenal dan bergambar kenangan bersama Setiausaha Baharu.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN