BENGKEL TRANSFORMASI KETERAMPILAN, PERSONALITI DAN JATI DIRI PENJAWAT AWAM MDGM 2025
GUA MUSANG, 15 NOVEMBER 2025 – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah berjaya mengadakan Bengkel Transformasi Keterampilan, Personaliti dan Jati Diri Penjawat Awam 2025 pada 14 hingga 15 November 2025 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari itu dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan keterampilan diri penjawat awam serta memperkukuh jati diri mereka dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah disajikan pelbagai aktiviti pengisian yang menyentuh aspek pembangunan sahsiah, pengukuhan etika kerja dan pemantapan imej profesional. Dengan adanya program ini, diharapkan semua warga Majlis Daerah Gua Musang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih cekap, berintegriti dan berprestasi tinggi. Majlis Daerah Gua Musang merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pihak pengurusan dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang bengkel ini akan dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam di kawasan Gua Musang, sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat setempat.