MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MDGM
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) telah mengadakan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 pada 17 November 2025 bertempat di Renai Hotel, Kota Bharu. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang dan YABrs. Encik Azmi Bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Encik Shahiran Bin Sha’ari, Pengarah Bahagian Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Tuan Setiausaha MDGM, Penolong Setiausaha, pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, juruaudit bertauliah serta semua Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian MDGM.
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan hasil pengauditan penyata kewangan MDGM tahun 2024, membincangkan penemuan audit serta cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan pengurusan kewangan dan tadbir urus organisasi. Pihak pengurusan MDGM menyambut baik pandangan serta syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara dan komited untuk mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan demi memastikan pengurusan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti. MDGM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses pengauditan dijalankan