Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

PROGRAM TOWN HALL MDGM BERSAMA PENGUSAHA BURUNG WALIT GUA MUSANG

    GUA MUSANG, 2 Disember 2025 – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang (PDRM) telah menganjurkan Program Town Hall bersama semua pengusaha Burung Walit Gua Musang bagi membincangkan isu-isu semasa serta langkah penambahbaikan berkaitan pengurusan industri burung walit di daerah ini.  Program yang berlangsung di Dewan Mahamad Husin, Aras 2, MDGM telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Shuhairy Bin Samsudin, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang. Turut hadir ialah YDH. Ketua Polis Daerah Gua Musang, YBrs. En. Sidek @ Saufi Bin Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelesenan MDGM, YBrs. Penolong Setiausaha MDGM, YBrs. Ketua Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam, YBrs. Ketua Jabatan Perundangan dan YBrs. Ketua Jabatan Penguatkuasaan MDGM serta para pengusaha burung walit dari sekitar Gua Musang. Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini bertujuan sebagai platform libat urus dua hala bagi memberi ruang kepada para pengusaha menyuarakan pandangan, cadangan serta permasalahan yang dihadapi secara terus kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

    Melalui sesi perbincangan ini, pihak MDGM dapat meneliti pelbagai isu berkaitan pelesenan, pematuhan peraturan, aspek keselamatan serta kebersihan persekitaran, selaras dengan usaha memastikan industri burung walit diurus secara lebih teratur, berkesan dan mampan. Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta memberikan kerjasama yang amat baik. Diharapkan program seumpama ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa dan pengusaha, seterusnya menyokong pembangunan industri burung walit yang lebih tersusun di daerah Gua Musang.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN