PROGRAM AMBANG RAMADAN MDGM 2026
PADA 09 FEBRUARI 2026, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) melalui Jabatan Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan telah berjaya menganjurkan Program Ambang Ramadan bertempat di Surau Majlis Daerah Gua Musang pagi ini yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Shuhairy Bin Samsudin, Setiausaha MDGM. Program yang berlangsung dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi itu telah disampaikan oleh Ustaz Nik Azzim bin Nik Abdullah, dengan pengisian yang menekankan kepentingan persediaan rohani dan peningkatan amal ibadah dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadan. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada kakitangan MDGM dan diharapkan dapat memberi manfaat serta menyuntik kesedaran dalam memperkukuhkan nilai keimanan dan keinsafan menjelang Ramadan yang penuh keberkatan. Pihak MDGM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.