PROGRAM IHYA RAMADAN DAN SANTUNI KAUM GUA MUSANG 2026
PADA 14 RAMADAN 1447H / 04 MAC 2026, Majlis Daerah Gua Musang telah menganjurkan Program Ihya' Ramadan & Santuni Kaum Gua Musang 2026 yang telah berlangsung pada 04 Mac 2026 (Rabu) di pekarangan Masjid Buluh Gua Musang. Program yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail (Yang Dipertua MDGM).
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Setiausaha, YBrs. Penyelia Dun Galas, YBrs. Penyelia Dun Nenggiri, YBrs. Ustaz Azman Bin Ahmad (Ketua WHIP), YBrs. En. Mohd Zaki Bin Mat Zin (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan & Pelancongan MDGM), YBrs. En. Ibrahim Bin Mat (Pengerusi Masjid Buluh Gua Musang), Ahli-Ahli Majlis, Pegawai MAIK, Pegawai Agro Bank, wakil Jabatan di Jajahan Gua Musang, ketua-ketua unit dan kakitangan. Semua penerima sumbangan di taja oleh MDGM, MAIK, Masjid Buluh dan Agro Bank sempena Ramadan Al Mubarak. Majlis diraikan dengan ucapan wakil-wakil kaum, penyampaian sumbangan, tazkirah dan iftar bersama semua kaum di Gua Musang.
Semoga usaha murni ini membawa keberkatan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.