Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1
Phonebook
Feedback 1
Faq 6
Call 2

QIAM PERDANA RAMADAN PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG TAHUN 1447H / 2026M

    GUA MUSANG 22 & 23 RAMADAN 1447H – Program Qiam Perdana Ramadan Peringkat Jajahan Gua Musang 1447H / 2026M telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan ukhuwah di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Yang Dipertua, Majlis Daerah Gua Musang. Kehadiran beliau melambangkan sokongan padu pihak pentadbiran jajahan dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat akar umbi. Kehadiran Tetamu kehormat turut memeriahkan majlis tersebut ialah YB. ADUN Galas, Penyelia-Penyelia ADUN, Ahli-Ahli Majlis, pemimpin-pemimpin tempatan, Pegawai-pegawai agensi kerajaan di bawah Jajahan Gua Musang, ratusan rakyat Jajahan Gua Musang yang hadir memenuhi ruang solat. Pengisian Rohani atur cara yang bermula seawal jam 8.30 malam itu diisi dengan solat berjemaah, tazkirah khas, serta ibadah Qiamullail yang berterusan sehingga waktu Subuh. Program ini juga menjadi platform penting bagi pemimpin untuk beramah mesra dengan rakyat dalam suasana Ramadan yang penuh barakah. Pihak penganjur, Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Jajahan Gua Musang, turut menyediakan hidangan moreh dan sahur bagi memastikan keselesaan para jemaah sepanjang program berlangsung.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN