MAJLIS APRESIASI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG 2026
Majlis Apresiasi Majlis Daerah Gua Musang 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang dalam suasana yang meriah dan bermakna. Majlis ini menjadi wadah penting dalam menghargai jasa, komitmen serta dedikasi warga kerja yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Majlis yang telah diadakan pada 28 April 2026 (Selasa) bersamaan 10 Zulkaedah 1447H, jam 8.00 malam, bertempat di Casa De Salsabila, Taman Wangi, Gua Musang, telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang. Kemuncak acara adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, sebagai tanda penghargaan kepada individu yang menunjukkan prestasi cemerlang, integriti tinggi serta komitmen luar biasa dalam melaksanakan amanah.
Pengiktirafan ini diharapkan menjadi pemangkin untuk terus melahirkan warga kerja yang berdaya saing dan berprestasi tinggi. Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga Majlis Daerah Gua Musang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini dengan penuh dedikasi. Semoga semangat apresiasi ini terus subur dan menjadi inspirasi untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan.