Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA BERJEMAAH & KULIAH BULANAN MDGM

    PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA BERJEMAAH DAN KULIAH BULANAN MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM), pada 23 April 2026 (Khamis) di surau MDGM.Penceramah Jemputan : AL-FADHIL USTAZ ZUL AZHAN BIN ZULKEFLLI

    Antara intipati tazkirah pagi ini adalah tentang dosa kecil yang sering kita anggap biasa dan perkara-perkara yang kita pandang remeh.

    Hakikatnya, setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan kesan pada hati. Rasulullah SAW mengingatkan, setiap satu dosa akan menambahkan satu titik hitam di dalam hati. Jika tidak dibersihkan dengan taubat, titik-titik itu akan semakin bertambah… sehingga hati menjadi gelap. Apabila hati sudah gelap, kita tidak lagi merasai kemanisan dalam ibadah. Solat terasa biasa, zikir terasa kosong, dan yang paling membimbangkan… hilangnya rasa takut kepada Allah. Namun, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Walaupun kita terjatuh dalam dosa yang sama berulang kali sebanyak 70 kali sehari, pintu taubat tetap terbuka. Teruslah bertaubat, berkali-kali… sehingga kita sendiri merasa jemu untuk kembali melakukan dosa tersebut. Kerana Allah SWT dengan sifat kasih sayang-Nya berfirman:
    قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
     
    “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa…” (Surah Az-Zumar: 53)
    Moga Allah sentiasa melembutkan hati kita, menjauhkan kita dari dosa yang dianggap kecil, dan memberi kekuatan untuk sentiasa kembali kepada-Nya.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN