Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+
Sitemap 1

Phonebook

Feedback 1
Faq 6
Call 2

MESYUARAT TEKNIKAL DAN PENYELARASAN HAIWAN RAYAU & ANJING LIAR DI JAJAHAN GUA MUSANG

    MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) telah mengadakan Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan Haiwan Rayau dan Anjing Liar pada 11 Mei 2026 di Dewan Persidangan Dato' Hj Ismail Bin Haji Hassan MDGM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Mohd. Roshdi Bin Ismail, Yang Dipertua MDGM. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan langkah-langkah penyelesaian serta tindakan bersepadu dalam menangani isu haiwan rayau dan anjing liar di sekitar Jajahan Gua Musang demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat setempat.

    Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB. Ahli Parlimen Gua Musang, YB. ADUN-ADUN, Penyelia DUN, Ketua WHIP, Tuan Setiausaha, ketua-ketua pemimpin tempatan serta ketua/wakil daripada pelbagai agensi berkaitan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam aspek penguatkuasaan, kawalan haiwan rayau dan penyelarasan tindakan di lapangan. Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan persekitaran serta kepentingan pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

    Pihak MDGM berharap agar kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan dapat diteruskan secara berterusan dalam memastikan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan harmoni demi kesejahteraan komuniti di Jajahan Gua Musang.

    Dasar Privasi

    SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

    Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
    MYSEJAHTERA
    CUKAI TAKSIRAN