TAKLIMAT POTONGAN GAJI WAKAF TUNAI MAIK KEPADA KAKITANGAN MDGM
MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM), telah mengadakan sesi taklimat mengenai Potongan Gaji Wakaf Tunai anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 19 Mei 2026 bertempat di Dewan Mahamad Husin, MDGM. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik. Mohamad Sharil Bin Yusof (Penolong Pegawai Imarah Wakaf) yang memberikan penerangan berkaitan konsep wakaf tunai, kaedah pelaksanaan potongan gaji serta kepentingan amalan wakaf dalam membantu pembangunan ummah dan kebajikan masyarakat. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran warga kerja MDGM mengenai manfaat penyertaan dalam skim wakaf tunai sebagai satu bentuk amal jariah yang berterusan. Majlis Daerah Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIK atas penyampaian taklimat dan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada seluruh warga kerja.