MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN PEGAWAI OSC MDGM
Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Mohd Shahril Bin Muhammad Shah atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Perancang Bandar & Desa (Ketua Unit OSC) di Majlis Daerah Gua Musang. Sepanjang menjalankan amanah tersebut, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan serta mempertingkatkan kecekapan pelaksanaan urusan pembangunan melalui Unit One Stop Centre (OSC), sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Majlis.
Segala jasa, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan amat dihargai serta akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Majlis Daerah Gua Musang. Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan seluruh warga MDGM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di tempat baharu yang akan melaporkan diri pada 01 Julai 2026. Semoga terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dalam kerjaya serta keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam setiap amanah yang dipikul.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa dikenang, budi disanjung.